Tuesday 15 January 2013

Kisah Tentang Takut Kepada Allah

Ikrimah meriwayatkn, bahawa Ibnu Abbas berkata ; 'Seorang lelaki bernama Ya'la tinggal di negeri Yaman,dia kafir dan musyrik,dia tidak mempunyai apa-apa, kecuali kain seperti baldu yang digunakan untuk menutup aurat.Dia berteduh dengan naungan pohon di siang hari dan masuk ke dalam sebuah pohon yang mirip lubang anjing pada malam hari.Suatu hari,dia mendengar bahawa Muhammad di utus sbg rasul,lalu dia memutuskn utk bertemu dgn beliau.
Ketika itu,Ya'la masih muda belia, pada akhirnya dia berjya bertemu dgn Nabi dan mngucapkn salam , lal duduk bersama dgn ashabus suffah, dia memakan segenggam kurma ajwah dan sepotong roti dari gandum.Dia selalu menghadiri majlis pengajian Nabi s.a.w.Suatu ketika dia mendengar sabda Nabi s.a.w.

''Tidak ada kemelaratan setelah al-Quran dan tidak ada kekayaan setelah neraka''
Ya'la berkata"Wahai Nabi,nikahknlah aku."Tanya Nabi"Apakah kamu mempunyai harta?'' Jawab Ya'la''Sya memiliki empat buah srah dari al-quran,sesiapa memiliki wahyu Allah ,maka dia kaya''.Sabda Nabi "Benar kamu, pergilah kamu kepada kabilah salimah dari Ansar dan beristikharahlah kepada Allah,wanita pertama yang berjumpa denganmu akan menjadi isterimu.''.Diapun bertolak pergi tanoa tahu arah tujuan dan ke mana dia harus pergi.
Dalam perjalanan, dia disambut oleh seorang gadis cantik jelita,kepada dia Ya'la berkata: "Cik,kabilah apa ini?'' Jawab si gadis ''Kabilah Salimah''.Kata Ya'la ''Allah Maha Besar, engkau isteriku,ke marilah dan mendekatlah.'' Kata gadis itu :''Kamu demikian bodoh.'' Jawab Ya'la ;''Tidak ,ak tidak bodoh, Nabi s.a.w yang memerintahkn aku untk berbuat demikian.''Kata si gadis : "Jika benar Nabi yang menyuruhmu ,maka aku tundk dan patuh kepada Allah dan Rasulnya.namun aku hanya akan menurut setelah mendengarnya sendiri dari Nabi .''
Kemudian Ya'la bersama gadis itu pergi untuk menemui Nabi s.a.w, namun tiba-tiba ayah dan saudara lelaki si gadis itu tiba dan berkata: "Kamu akan pergi kemana?" Jawab si gadis: "Pemuda asing ini tertarik kepadaku dan mengira bahawa ak calon isterinya , aku membantahnya namun dia berkata bahawa Nabi lah yang menyuruhnya.Kerana itu, kami berdua akan menghadap kepada Nabi agar dapat mendengar sendiri." Ayah dan saudaranya berkata : "Kalau demikian halnya , kita tunduk dan patuh kepada Allah dan RasulNya."
Keempat orang itu lalu pergi bersamaan untuk menghadap Nabi, setelah bertemu ayah gadis itu berkata: "Wahai Nabi, pemuda asing ini mengaku bahawa kamu menyuruh dia ntuk menikah dengan pteriku." Sabda Nabi: "Benar, kahwinkanlah dia dengan puteriku atas dasar Allah dan berkahNya."Sang ayah berkata ."Saya telah menunaikannya."
Lalu sang ayah itu menikahkn puterinya dgn Ya'la, Nabi dan para sahabat menjadi saksi, kemudian beliau bersabda:" Hai sekalian muslimin, bantulah sadara kamu." para sahabat mengumpulkan empat uqiyah perah untuk Ya'la, lal Nabi bersabda:'" Untuk kamu dua uqiyah dan untuk isterimu dua uqiyah."Jawab Ya'la :"Wahai Nabi, engkau jadikan dua uqiyahku untuk isteriku."
Lalu Nabi bersabda kepada ayah mempelai wanita: "Sejak hari ini, siapkan anakmu untuk pemuda ini." Jawab ayah itu:"Kami tunduk dan patuh kepada Allah dan RasulNya."Ya'la kemudian menemui Nabi dan beliau menyuruhnya untuk menemui isterinya.Dia masuk ke dalam rumahnya dan tiba-tiba dia melihat tilam yang empuk telah dibentangkan,permaidani dihampar, isteri yang duduk ,lampu yang menyala dan makanan yang di sediakn.Ketika menyaksikan semua itu,Ya'la berjalan menuju suatu tempat dan melakukan dua rakaat untuk berterima kasih dan bersyukur kepada Allah atas semua kurnia itu.
Setelah solat dua rakaat,dia melakukan dua rakaat lagi,kemudian dia menengadahkan kepala ke atad dan memuji Allah , mengagungkan dan mensykuri nikmatNya.Lalu dia berdiri melakukan solat dua rakaat lagi dan memuji serta bersyukur kepada Allah atas nikmat dan kurnia yang baru dia saksikan.Dia terus menerus melakukan hal yang serupa sehingga fajar menyingsing,esok harinya dia melakukan solat bersama Nabi s.a.w.Dia melakukan jamaah subuh,zuhur,asar,magrib dan isyak ,setelah jamaah isyak dia pulang kepada isterinya.
Ketika dia melihat isterinya dan apa yang disediankan oleh isterinya itu ,dia kembali menuju tempat solatnya,dia melakukan solat seperti malam sebelumnya untuk memuji dan bersyukur kepada Allah di antara dua rakaat itu.Dia sentiasa berbuat demikian sampai subuh hari tiba,lalu dia solat bersama Nabi.Berturut-turut tiga malam dia melakukan hal dia atas.

-----------------------bersambung----------------

Sunday 13 January 2013

Rahsia Surah Al-Kauthar

Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-


1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.


Saturday 12 January 2013

AKU SEORANG HAMBA YANG LEMAH

Assalamualikum ...

salam ukhwah dari sya sebagai pemblogger baru anda semua .ana berharap blogger anda ini dapat memberikan sedikit sebanyak ilmu pengetahuan dan dapat menjadikan inspirasi dalam kehidupan anda semua.Bagi saya,tidak banyak yang dapat saya kongsikan dalam blogger ini,kerana belum banyak pengalaman hidup yg sya rasai dpd saya semua .ttetapi,apa-apa pun .,sya cuba utk berkongsi dan berbagi dgn anda semua tentang pengalaman dan ilmu yg sya dapat sebagaai seorang hamba  lemah yg kini telah berumur 18 tahun :) Maaf,blogger saya tak secantik dan sehebat blogger anda semua .hope anda semua suka akan blogger ini.Terima Kasih